KEUSAHAWANAN (BUTIK PENGANTIN)


BUTIK PENGANTIN


Pengusaha : Cik Rahimah Bt Hashim & Zanariah Bt Hashim Jenis Perniagaan : Kedai pengantin Nama Kedai : Seri Mas Pengantin

Kedai pengantin ini telah diusahakan oleh dua-beradik iaitu Cik Rahimah Bt Hashim dan Puan Zanariah Bt Hashim. Perniagaan ini telah dibuka selama 10 tahun dimana perniaagaan ini telah semakin berkembang maju sedikit demi sedikit. Perniagaan ini dibuka atas daya usaha sendiri tanpa bantuan dari mana-mana syarikat kewangan dan juga berpandukan atas minat dan bakat masing-masing.
Kedai ini ada menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan dari tempahan membuat bunga hantaran, bunga telur, andaman dan solekan, sehinggalah untuk tempahan katering. Selain itu, terdapat juga menjual bunga-bunga segar tetapi di atas permintaan orang ramai. Harga bagi satu pakej perkahwinan adalah bermula dari RM2000 ke atas. Kedai ini dibuka pada jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam pada setiap hari, tetapi ditutup pada hari Jumaat. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, sila hubungi Cik Rahimah Bt Hashim & Zanariah Bt Hashim di talian : 013-9775053.






















0 ulasan: