KESELAMATAN KAMPUNG MERCHANG

Keselamatan

Badan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan di Kampung Merchang ialah :
1) Balai Polis Merchang, 21610 Marang, Terengganu Nombor Tel : 09-8321222





2) Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Marang, Terengganu.




MAKLUMAT AM KAMPUNG MERCHANG




Kampung Merchang terletak di tengah - tengah laluan utama dari Kuala Terengganu ke Dungun, yang jaraknya 42 km dari Kuala Terengganu dan 38 km dari Bandar Dungun.
Kampung - kampung sekitar.


Kampung ini juga terdapat 13 buah kampung kecil iaitu :

• Kg. Seranting• Kg. Pulau Rusa• Kg. Baru Pulau Rusa• Kg. Padang• Kg. Pantai• Kg. Selawa• Kg. Tok Jenang• Kg. Padang Pauh• Kg. Gong Kassim• Kg. Tok Amat• Kg. Bukit Kecil• Kg. Durian Pahit


Antara rumah-rumah kampung yang terdapat di Kampung Merchang
















PENTERNAKAN DI KAMPUNG MERCHANG

PENTERNAKAN LEMBU


PENTERNAKAN KAMBING

Pelancongan

Kampung Merchang juga terkenal dengan lagunnya. Lagunnya yang indah telah banyak kali mengamit kedatangan pelancong ke sini.
Lagun yang selalu menjadi tumpuan pelancong

Antara destinasi pelancongan yang terkenal di sini ialah Pulau Kapas yang hanya terletak 18 km dari Merchang dan mengambil masa hanya 15 minit dari Jeti Marang. Pulau Kapas ini amat terkenal dengan kecantikan airnya dan tempat untuk aktiviti menyelam (Scuba – Diving dan Snoorkeling).

Pulau Kapas yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong


Selain dari itu terdapat juga Beting Pasir yang menyumbang kepada aktiviti pelancongan. Pulau Ranggut yang mempunyai ternakan Udang Harimau, Paya Bakau dan Paya Nipah. Selain dari aktiviti pelancongan, aktiviti berbentuk riadah dan program – program kemasyarakatan anjuran belia turut diadakan di sini.


Pemandangan Pulau Ranggut dari depan




Pemandangan Pulau Ranggut yang menggamit pelancong


Suasana nyaman di sekitar Pulau Ranggut

Ekoran daripada aktiviti pelancongan yang rancak dijalankan di sini, penduduk tempatan telah mengambil kesempatan untuk membuka chalet dan rumah tetamu (guest house).

KEUSAHAWANAN (BUTIK PENGANTIN)


BUTIK PENGANTIN


Pengusaha : Cik Rahimah Bt Hashim & Zanariah Bt Hashim Jenis Perniagaan : Kedai pengantin Nama Kedai : Seri Mas Pengantin

Kedai pengantin ini telah diusahakan oleh dua-beradik iaitu Cik Rahimah Bt Hashim dan Puan Zanariah Bt Hashim. Perniagaan ini telah dibuka selama 10 tahun dimana perniaagaan ini telah semakin berkembang maju sedikit demi sedikit. Perniagaan ini dibuka atas daya usaha sendiri tanpa bantuan dari mana-mana syarikat kewangan dan juga berpandukan atas minat dan bakat masing-masing.
Kedai ini ada menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan dari tempahan membuat bunga hantaran, bunga telur, andaman dan solekan, sehinggalah untuk tempahan katering. Selain itu, terdapat juga menjual bunga-bunga segar tetapi di atas permintaan orang ramai. Harga bagi satu pakej perkahwinan adalah bermula dari RM2000 ke atas. Kedai ini dibuka pada jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam pada setiap hari, tetapi ditutup pada hari Jumaat. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, sila hubungi Cik Rahimah Bt Hashim & Zanariah Bt Hashim di talian : 013-9775053.























Keusahawanan

Kampung Merchang merupakan sebuah kampung yang mempunyai pelbagai aktiviti keusahawanan yang rancak. Aktiviti keusahawanan diusahakan oleh penduduk kampung yang mempunyai minat dalam perniagaan. Malah, pengusaha - pengusaha di sini bukan sahaja mempunyai tempahan produk dari penduduk tempatan malah dari pendiuduk luar juga.
Terdapat juga pelbagai bentuk perusahaan yang dijalankan terutamanya berasaskan produk atau hasil dari laut. Terdapat juga beberapa pengusaha yang menjadi Anak Angkat kepada persatuan Nelayan dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.
Mereka biasanya mengusahakan produk seperti belacan, pelbagai jenis keropok dan ikan masin. Terdapat juga peniaga atau usahawan yang masih dalam bimbingan pihak terbabit dan lebih dikenali sebagai Usahawan Bimbingan bertujuan untuk membantu mereka bergerak lebih jauh lagi.

Antara keusahawanan yang dijalankan ialah:
1) Pengusaha : Hajah Senik Bt. Yusof Jenis Perniagaan : Kedai runcit Nama Kedai : Senit Bt Yusof





Puan Hajah Senik Bt Yusof ialah seorang pengusaha kedai runcit di Kampung Merchang. Berumur dalam lingkungan 56 tahun. Memulakan perniagaannya dengan bermodalkan wang simpanan sendiri dan tiada membuat pinjaman dari mana-mana syarikat kewangan. Puan Hajah Senik telah menjalankan perniagaannya selama 23 tahun, bermula semenjak tahun 1984.
Dahulu perniagannya dibantu oleh beberapa orang pekerja, tetapi kini beliau menjalankan perniagaannya hanya dibantu oleh suaminya sahaja. Puan Hajah Senik mengusahakan perniagaan barangan runcit dan barang keperluan dapur seperti sayur-sayuran, ikan dan lain-lain. Memulakan perniagaannya seawal jam 8 pagi sehingga jam 10 malam dan dibuka pada setiap hari.

KEMUDAHAN DI KAMPUNG MERCHANG

Kemudahan Asas
Selaras dengan kemajuan Terengganu, Kampung Merchang kini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Kemudahan insfrastruktur yang disediakan Majlis Perbandaran Marang dan juga Kerajaan Negeri Terengganu ini adalah untuk memudahkan segala urusan penduduk kampung. Di antara kemudahan asas yang disediakan adalah
TANDA MERCU KAMPUNG MERCHANG

TABIKA MERCHANG



TADIKA KEMAS


SEKOLAH RENDAH MERCHANG


SEKOLAH MENENGAH MERCHANG


PONDOK TELEFON


PENGANGKUTAN BAS

PONDOK PERHENTIAN BAS

KOMPLEK MINI MERCHANG


MASJID MERCHANG

KLINIK KESIHATAN MERCHANG
BALAI PENGHULU MUKIM MERCHANG