Pelancongan
Kampung Merchang juga terkenal dengan lagunnya. Lagunnya yang indah telah banyak kali mengamit kedatangan pelancong ke sini.
Lagun yang selalu menjadi tumpuan pelancong
Antara destinasi pelancongan yang terkenal di sini ialah Pulau Kapas yang hanya terletak 18 km dari Merchang dan mengambil masa hanya 15 minit dari Jeti Marang. Pulau Kapas ini amat terkenal dengan kecantikan airnya dan tempat untuk aktiviti menyelam (Scuba – Diving dan Snoorkeling).
Pulau Kapas yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong
Selain dari itu terdapat juga Beting Pasir yang menyumbang kepada aktiviti pelancongan. Pulau Ranggut yang mempunyai ternakan Udang Harimau, Paya Bakau dan Paya Nipah. Selain dari aktiviti pelancongan, aktiviti berbentuk riadah dan program – program kemasyarakatan anjuran belia turut diadakan di sini.
Pemandangan Pulau Ranggut dari depan
Pemandangan Pulau Ranggut yang menggamit pelancong Suasana nyaman di sekitar Pulau Ranggut
Ekoran daripada aktiviti pelancongan yang rancak dijalankan di sini, penduduk tempatan telah mengambil kesempatan untuk membuka chalet dan rumah tetamu (guest house).