Keusahawanan

Kampung Merchang merupakan sebuah kampung yang mempunyai pelbagai aktiviti keusahawanan yang rancak. Aktiviti keusahawanan diusahakan oleh penduduk kampung yang mempunyai minat dalam perniagaan. Malah, pengusaha - pengusaha di sini bukan sahaja mempunyai tempahan produk dari penduduk tempatan malah dari pendiuduk luar juga.
Terdapat juga pelbagai bentuk perusahaan yang dijalankan terutamanya berasaskan produk atau hasil dari laut. Terdapat juga beberapa pengusaha yang menjadi Anak Angkat kepada persatuan Nelayan dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.
Mereka biasanya mengusahakan produk seperti belacan, pelbagai jenis keropok dan ikan masin. Terdapat juga peniaga atau usahawan yang masih dalam bimbingan pihak terbabit dan lebih dikenali sebagai Usahawan Bimbingan bertujuan untuk membantu mereka bergerak lebih jauh lagi.

Antara keusahawanan yang dijalankan ialah:
1) Pengusaha : Hajah Senik Bt. Yusof Jenis Perniagaan : Kedai runcit Nama Kedai : Senit Bt Yusof





Puan Hajah Senik Bt Yusof ialah seorang pengusaha kedai runcit di Kampung Merchang. Berumur dalam lingkungan 56 tahun. Memulakan perniagaannya dengan bermodalkan wang simpanan sendiri dan tiada membuat pinjaman dari mana-mana syarikat kewangan. Puan Hajah Senik telah menjalankan perniagaannya selama 23 tahun, bermula semenjak tahun 1984.
Dahulu perniagannya dibantu oleh beberapa orang pekerja, tetapi kini beliau menjalankan perniagaannya hanya dibantu oleh suaminya sahaja. Puan Hajah Senik mengusahakan perniagaan barangan runcit dan barang keperluan dapur seperti sayur-sayuran, ikan dan lain-lain. Memulakan perniagaannya seawal jam 8 pagi sehingga jam 10 malam dan dibuka pada setiap hari.

0 ulasan: